SEJARAH MADAGASCAR

Madagascar telah dihuni oleh manusia buat pertama kalinya pada sekitar 2000 tahun dahulu. Penduduk Madagascar tidak dapat dipastikan sama ada berasal dari Indonesia ataupun keturunan campuran antara Indonesia/Afrika. Pedagang Arab telah tiba di pulai tersebut sekitar 800-900A.D. ketika mereka mula berdagang di sepanjang pantai utara.

Kapten laut Portugis iaitu Diago Dias adalah orang Eropah pertama yang menemui Madagascar pada 10 Ogos 1500 selepas kapal beliau ditiup angin dalam perjalanan ke India. Beliau menamakan pulau tersebut sebagai St. Lawrence. Kemudian pada tahun 1500-an, Portugis, Perancis, Belanda dan Inggeris telah berusaha untuk membuka penempatan bagi tujuan perdagangan di Madagascar. Namun, semuanya telah menemui kegagalan kerana berlaku pertempuran hebat dengan askar Malagasi tempatan.

Orang Eropah yang pertama menjejakkan kaki di Madagascar adalah pada tahun 1600an ketika menakluk dan menguasai pantai timur pulau tersebut. Lanun-lanun tersebut menggunakan Madagascar sebagai pengkalan untuk menyerang kapal yang membawa barangan ke Eropah dari India. Pada tahun 1700an pula, Perancis telah berusaha untuk menubuhkan pasukan tentera di pantai timur tetapi masih lagi menemui kegagalan. Pada awal abad ke-19, hanya Pulau Sainte Marie yang telah di dituntut oleh Perancis.

Sementara itu, sepanjang 1700-an, orang-ornag Sakavala dari pantai barat telah menubuhkan kerajaan Madagascar yang pertama. Pada tahun 1810, orang-orang Merina, iaitu saingan mereka pula telah menubuhkan kerajaan di sebahagian besar pulau tersebut. Radama I, iaitu raja mereka telah menjalinkan hubungan dengan British dan membuka negeri kepada mubaligh Inggeris untuk menyebarkan agama Kristian di seluruh pulau serta menterjemahkan bahasa Malagasi ke dalam bentuk tulisan. Di bawah pemerintahan Radama, revolusi industrial miniatur telah dibawa ke pulau tersebut. setelah kematian Radama, pentadbiran telah digantikan oleh isterinya iaitu Rabavalona I, beliau telah menguasai negara selama 33 tahun dengan menganiaya orang Kristian, mengusir orang asing, melaksanakan sistem politik yang bersifat persaingan, dan menghidupkan kembali amalan membunuh bayi yang dilahirkan pada hari sial. Setelah kematiannya, hubungan dengan Eropah kembali dipulihkan.

Pada 1883, Perancis telah menyerang Madagascar dan menguasai pulau tersebut pada 1896 yang kemudiannya menjadi tanah jajahan Perancis. Perancis menjadikan Madagascar sebagai tempat untuk mendapatkan sumber kayu dan rempah-ratus eksotik seperti vanila. Orang-orang Malagasi telah melakukan dua pemberontakan terbesar terhadap Perancis iaitu pada tahu 1918 dan 1947, namun negara tersebut masih tidak mendapat kemerdekaan sehinggalah pada 26 Jun 1960.

Pada tahun 1975, Didier Ratsiraka telah mengambil alih pentadbiran negara. Beliau memerintah Madagascar sebagai seorang diktator sehingga beliau telah digulingkan pada tahun 1991 ketika masalah keruntuhan ekonomi. Beliau kembali menjadi Presiden tidak lama kemudian dan memerintah sehinggalah kehilangan pencalonan dalam pilihanraya pada tahun 2001. Presiden yang baru, iaitu Marc Ravalomanana, telah berjanji untuk membawa amalan demokrasi ke negara tersebut. Sebelum mendapat jawatan tersebut, beliau telah membina empayar perniagaannya dengan menjadi penjual yogurt jalanan dengan menggunakan basikal dan kemudiannya diisytiharkan sebagai warganegara Madagascar yang paling kaya. Pada tahun 2005, ketika beliau masih menjadi Presiden, ekonomi Madagascar terus meningkat.


[Seorang kanak-kanak Sakalava berada berhampiran Sungai Manambolo di Madagascar


<< | Madagascar | >>

5 / 27

Diterjemahkan oleh Aini Fatihah Roslam