Ekonomi Madagascar

Madagascar merupakan salah sebuah negara yang termiskin di dunia. Sebahagian besar ekonominya berasaskan pertanian, perlombongan, perikanan, dan pengeluaran pakaian. Salah satu produk yang terkenal di Madagascar ialah vanila, ia berasal daripada anggerik dan digunakan sebagai bahan perasa. Kacang vanila mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk membesar dan ia cukup mahal.

Walaupun harga vanila secara relatifnya tinggi, rata-rata orang Malagasi memperoleh pendapatan sekitar $ 1 US sehari, sementara 70% daripada mereka hidup di bawah paras kemiskinan dunia. Hampir setengah daripada kanak-kanak Madagascar yang berusia di bawah usia lima tahun kekurangan gizi.

Mengapa Madagascar sangat miskin? Terdapat beberapa sebab. Di bawah pentadbiran diktator terkini iaitu Didier Ratsiraka, kerajaan mengamalkan rasuah dan mencuri banyak wang bantuan yang diberikan oleh negara-negara lain. Kolonialisme ekonomi oleh Perancis yang ia bermaksud suatu bentuk ekonomi itu saling berkait rapat dengan ekstraksi sumber (pembalakan, perlombongan, perikanan), yang mana tidak menggalakkan pertumbuhan ekonomi dalam jangkamasa panjang kerana sumber tersebut telah kehabisan. Kurangnya insfrastruktur terutama jalan, telah menyulitkan lagi usaha petani untuk memasarkan produk mereka, sementara itu, geografi Madagascar yang terasing daripada dunia lain juga telah meningkatkan kos perdagangan. Segala produk yang dihasilkan dan hendak dibeli daripada negara lain oleh Madagascar mesti dihantar menerusi pesawat atau bot. Sistem pendidikan yang lemah telah menyulitkan golongan muda Malagasi untuk mendapatkan peluang pekerjaan di luar sektor pertanian dan sangat sedikit warga Madagascar yang mempunyai akses kepada teknologi serta internet. Akhirnya, kemusnahan alam sekitar telah dijadikan sebagai jalan keluar bagi petani Madagascar demi menghasilkan sumber makanan yang banyak. Semua faktor ini telah menyumbang kepada kemiskinan di Madagascar.

Namun, bukan semuanya telah hilang. Pada tahun 2005, Madagascar telah mengumumkan bahawa mereka telah menemui sejumlah minyak. Minyak mungkin akan menjadi sebahagian daripada kunci kepada masa depan ekonomi Madagascar bersama-sama dengan aktiviti perlombongan, pengeluaran batu permata (Madagascar mempunyai batu safir yang banyak), dan pelancongan. Terdapat harapan dalam sektor pelancongan alam sekitar, satu bentuk pelancongan yang meminimumkan kesan terhadap alam sekitar, dapat membantu pertumbuhan ekonomi Madagascar di samping melindungi alam dan hidupan liar.


[Proses pengeluaran Kacang Vanila di Madagascar. Foto oleh Julie Larsen daripada Pertubuhan Pemuliharaan Hidupan Liar] <BR>


<< | Madagascar | >>

6 / 27

Diterjemahkan oleh Aini Fatihah Roslam