PENDUDUK MADAGASCAR

Terdapat beberapa perdebatan berkenaan siapa orang yang pertama menduduki Madagascar. Beberapa ahli antropologi percaya bahawa orang Indonesia adalah yang pertama menduduki pulau tersebut 2000 tahun dahulu, kemudian diikuti oleh orang Afrika yang berkulit putih, manakala orang Afrika di kawasan tanah besar tidak tiba sheingga tempoh tersebut.

Pendapat lain pula menyatakan bahawa penduduk Madagascar berhijrah dari Indonesia dan Afrika yang mana mereka dipercayai telah mengalami percampuran sebelum tiba di pulau yang terpencil itu. Namun, ramai sarjana bersetuju bahawa penduduk Madagascar secara relatifnya tiba (tiada bukti yang menunjukkan usia batu di Madagascar) dan seterusnya berhijrah dengan membawa kumpulan lain (seperti orang Arab dan India) ke dalam proses percampuran tersebut.

Asal-usul percampuran orang Malagasi (nama yang merujuk kepada penduduk Madagascar) telah menghasilkan satu bentuk budaya dari Asia Tenggara, India, Afrika, dan Timur Tengah yang menarik. Komponen budaya Indonesia Malagasi yang paling ketara ialah menerusi bahasa - yang mana berkait rapat dengan dialek di Borneo, sebuah pulau di Indonesia - begitu juga dengan sistem kepercayaan dan diet berasaskan nasi. Nasi adalah menu yang paling popular di Madagascar dan ramai orang Malagasi memilih nasi sebagai menu utama. Daging juga popular, walaupun makanan tersebut mahal. Lembu Zebu yang berada di Madagascar adalah berasal dari India, tetapi ia telah memberi kesan reflek terhadap budaya orang Madagascar.

Jika dilihat keadaan di dalam negara, penampilan fizikal, amalan keagamaan, dan tradisi penduduk adalah bersifat regional - ikatan terkuat antara orang Malagasi ialah berkongsi bahasa yang sama. Pada hari ini, lebih daripada 20 kumpulan etnik di Madagascar yang berasal daripada Indonesia - yang mirip orang Merina dari dataran tinggi ke Afrika - yang mirip orang Sakawala di daerah pesisir barat ke Antaimoro di bahagian pantai timur.

Madagascar adalah sebuah tanah yang penuh dengan kekayaan budaya. Ia adalah tempat di mana budaya nenek moyang telah menjadi sebahagian daripada amalan hari ini sebagaimana masa-masa lampau; di mana terlalu banyak kawasan tabu dan amalan tradisi lebih di utamakan melebihi undang-undang; dan agama serta budaya barat telah bebas bercampur dengan kepercayaan terhadap amalan sihir dan adat pengkebumian.

Hari ini, Madagascar telah dihuni lebih kurang 18 juta orang penduduk.


(none)


<< | Madagascar | >>

4 / 27

Diterjemahkan oleh Aini Fatihah Roslam