MAMALIA MADAGASCAR

Selain lemur dan haiwan-haiwan karnivor, Madagascar dihuni oleh banyak lagi spesis mamalia yang unik.

Tenrac adalah serangga luarbiasa yang mempunyai radiasi ke atas nichi ekologikal yang mana tanah tersebut dipenuhi oleh landak, tikus, possum dan juga memerang. Manakala sebahagian tenrec juga ditemui di Afrika , walau bagaimanapun, kepelbagaian jenis mereka adalah di Madagascar yang mana terdapat lebih kurang 30 spesis.

Tikus
Madagascar mempunyai bebarapa spesis tikus, yang paling dikenali ialah tikus lompat gergasi (Giant), yang secara umumnya mempunyai saiz hampir sama dengan arnab. Sama seperti arnab, tikus lompat gergasi mempunyai telinga yang tajam dan panjang, berbulu pendek dan kaki belakang yang besar untuk melakukan lompatan. Tikus lompat gergasi boleh melompat ke udara setinggi hampir tiga kaki (satu meter) bagi mengelakkan haiwan pemangsa seperti fossa dan boa tanah.

Kelawar
Sekurang-kurangnya 27 spesis kelawar boleh ditemui di Madagascar, termasuk kelawar buah gergasi atau lebih dikenali sebagai serigala terbang.

Tiada di Madagascar
Madagascar tidak mempunyai beruk, monyet, gajah, kuda belang, zirafah, singa, hyena, badak, antelope, kerbau, unta, kucing atau anjing seperti yang anda jangkakan boleh ditemui di Afrika. Hal ini kerana, ia adalah sebuah pulau dan banyak kumpulan mamalia yang tidak pernah sampai ke Madagascar.


Tenrec berbelang di Madagascar


<< | Madagascar | >>

10 / 27

Diterjemahkan oleh Aini Fatihah Roslam