Madagascar   |   Geografi   |   Penduduk   |   Hidupan Liar   |   Flora   |   Masalah Alam Sekitar   |   English

HAIWAN KARNIVOR MADAGASCAR - Madagascar


Fossa: Foto oleh Julie Larsen Maher daripada Pertubuhan Pemuliharaan Hidupan Liar
Terdapat lapan spesis haiwan karnivor (mamalia maging) ditemui di Madagascar. Tujuh daripadanya adalah endamik, atau boleh ditemui di merata tempat di dunia ini.

Haiwan karnivor Madagascar semuanya adalah pemangsa, sekumpulan mamalia yang turut merangkumi spesis luwak.

Haiwan karnivor paling popular yang boleh didapati di Madagascar ialah fossa, yang mana ia telah digambarkan sebagai "orang jahat" di dalam filem MADAGASCAR!. Realitinya, fossa tidak jahat. Secara faktanya, mereka memainkan peranan penting terhadap kesejahteraan ekosistem Madagascar.

Fossa
Fossa adalahhaiwan karnivor yang berkait rapat dengan luwak dan kelihatan seperti anatara harimau puma dan seekor anjing. Fossa memburu hampir semua haiwan termasuk serangga, reptilia, tikus dan lemur. Mereka juga menjadikan ayam di sekitar desa Malagasy sebagai mangsa dan mereka diburu penduduk tempatan sebagai hama. Fossa sangat aktif sama ada di atas pokok mahupun di tanah dan ia juga pendaki yang sangat baik.




<< | Madagascar | >>

halaman 9 / 25

Diterjemahkan oleh Aini Fatihah Roslam


WildMadagascar | Fotos

© Rhett A. Butler / wildmadagascar.org 2011