KUIZ TENTANG MADAGASCAR

Sekarang masanya untuk melihat apa yang telah anda pelajari mengenai Madagascar.

Geografi

1. Madagascar merupakan sebuah pulau yang ___________ terbesar di dunia.
2. Madagascar adalah sebuah pulau yang terletak di antara Lautan _____________ dan pantai _____________.
3. Benar atau salah. Madagascar adalah lebih besar berbanding negeri California.

Sejarah

4. Madagascar merupakan tanah jajahan ______________________.
5. Benar atau salah. Lanun pernah menguasai sebahagian perairan Madagascar.
6. benar atau salah. Kapten laut Portugis adalah orang Eropah yang pertama menemui Madagascar ketika perjalanannya ke India ditiup oleh angin.

Ekonomi

7. Madagascar terkenal dengan _______________, sejenis rempah yang berasal daripada orkid dan ia digunakan sebagai perasa aiskrim.
8. ___________________ adalah makanan yang paling popular di Madagascar.

Penduduk

9. Orang Madagascar digelar __________________.
10. Penduduk Madagascar berkomunikasi menggunakan bahasa yang berasal dari ____________________.
11. Pada hari ini Madagascar adalah sebuah negara _______________, ini bermakna setiap orang mempunyai hak untuk memilih.

Hidupan Liar

12. Lemur ialah ___________________, ia berkait rapat dengan keluarga monyet dan kera.
13. Fossa ialah ______________________ ia hanya memakan haiwan lain. Lemur Ring-tailed adalah herbivor dan mereka hanya memakan buah-buahan, daun-daun, dan bunga-bungaan.
14. _______________ ialah cicak yang memiliki kemampuan untuk bertukar warna.
15. Lemur yang terbesar ialah _________________.
16. 75% haiwan di Madagascar adalah ________________, ia bermaksud mereka tidak ditemui di tempat lain di atas muka bumi ini.
17. Benar atau salah. Madagascar tidak mempunyai sebarang spesis ular yang berbahaya kepada manusia.
18. Benar atau salah. Lemur juga boleh ditemui di tanah besar Afrika.
19. Benar atau salah. Tokek boleh bertukar warna mengikut emosinya.
20. Benar atau salah. Katak tomato membebaskan lendir beracun untuk mempertahankan dirinya daripada pemangsa.
21. Madagascar pernah menjadi tempat kepada burung gajar raksasa tetapi mereka telah berhijrah ke _________________. Oleh sebab itu, burung gajah tidak lagi ditemui di Madagascar.

Flora

22. Benar atau salah. Tumbuhan periwinkle merah jambu telah digunakan untuk merawat penyakit kanser.
23. Benar atau salah. Pokok kaktus secara semulajadi telah ditemui dalam hutan berduri Madagascar.
24. Benar atau salah. Pokok baobab menyimpan air di dalam batangnya.

Alam Sekitar

25. Hutan Madagascar semakin menghilang disebabkan oleh ________________.
26. Kebanyakan reptilia dan amfibia di Madagascar telah dikumpul untuk tujuan _____________ perdagangan.
27. Tanah _______________ telah melumpuhkan perkembangan ekonomi Madagascar tetapi mengurangkan hasil pertanian.
28. Benar atau salah. Pemburuan bagi tujuan mendapatkan daging (bushmeat) merujuk kepada pemburuan haiwan liar untuk tujuan makanan.
29. Benar atau salah. Madagascar mempunyai sistem taman yang terbaik di Afrika.
30. Benar atau salah. Pelancongan alam sekitar boleh membantu Madagascar memelihara alam sekitarnya di samping turut membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.


Penebangan hutan untuk kehidupan pertanian di Madagascar


<< | Madagascar | >>

26 / 27

Diterjemahkan oleh Aini Fatihah Roslam