PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR MADAGASCAR

Ketika Madagascar mempunyai masalah berkaitan alam sekitar, terdapat pelbagai pihak yang berusaha keras untuk menyelamatkan hutan dan spesis aslinya. Hari ini Madagascar mempunyai sistem taman yang terbaik di Afrika dan mereka cuba untuk menarik perhatian terhadap aktiviti pelancongan alam sekitar. Pelancongan alam sekitar ialah apabila seseorang pelancong itu tertarik terhadap alam sekitar dan budaya tempatan serta berkeinginan untuk meminimunkan kesan terhadap alam sekitar. Pelancongan alam sekitar dapat membantu meningkatkan ekonomi Madagascar dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan misalnya sebagai pemandu pelancong, tukang masak, dan pengangkut barang sambil memberikan ganjaran berupa duit terhadap usaha pemuliharaan.


Pohon Baobab ketika matahari terbenam


<< | Madagascar | >>

25 / 27

Diterjemahkan oleh Aini Fatihah Roslam