Madagascar   |   Geografi   |   Penduduk   |   Hidupan Liar   |   Flora   |   Masalah Alam Sekitar   |   English

EKSPLOITASI MELAMPAU TERHADAP SUMBER HIDUPAN DI MADAGASCAR - Madagascar


Penebangan hutan untuk kehidupan pertanian di Madagascar
Spesis asli Madagascar telah diburu secara agresif dan dikumpulkan oleh mereka yang terdesak bagi menyediakan keperluan untuk keluarganya. Walaupun sejak tahun 1964, membunuh atau menyimpan lemur sebagai binatang belaan adalah menyalahi undang-undang, tetapi hari ini lemur telah diburu dan mereka tidak dilindungi kerana ia lazimnya menjadi tabu oleh penduduk tempatan yang gemar berburu untuk mendapatkan dagingnya (bushmeat). Haiwan tenrec dan karnivor juga diburu dengan bebas demi mendapatkan sumber protein.

Hidupan reptilia dan amfibia juga gemar dikumpul bagi tujuan perdagangan haiwan belaan di peringkat antarabangsa. Antara yang turut menjadi sasaran ialah sesumpah, tokek, ular, dan kura-kura.

Perairan sekitar Madagascar kaya dengan perikanan dan menjadi sumber pendapatan yang penting kepada penduduk. Namun, kegiatan penangkapan ikan telah diatur dan diawasi. Bot nelayan asing yang melanggar batas kawasan perikanan menyebabkan penduduk tempatan dan fauna laut mengalami kesengsaraan dengan lebih teruk akibat daripada situasi tersebut. Jerung, timun laut, dan udang kara berkemungkinan akan diburu dengan banyak secara berterusan.




<< | Madagascar | >>

halaman 23 / 25

Diterjemahkan oleh Aini Fatihah Roslam


WildMadagascar | Fotos

© Rhett A. Butler / wildmadagascar.org 2011