HAKISAN DI MADAGASCAR

Dengan aliran sungai yang berwarna merah seperti darah di sekitar Lautan Hindi, para angkasawan telah menyatakan bahawa ia umpama melihat pulau Madagascar mengalami pendarahan sehingga mati. Daripada pengamatan telah menemui salah satu masalah alam sekitar terbesar yang dihadapi oleh Madagascar -- hakisan tanah.

Penyahutanan yang berlaku dari tengah dataran tinggi Madagascar telah mengakibatkan
hakisan tanah makin meluas. Bagi sebuah negara yang bergantung kepada pengeluaran pertanian sebagai asas ekonomi, kehilangan tanah ini sangat merugikan Madagascar.


Gambaran dari udara menunjukkan Sungai Manambolo menjadi warna merah akibat hakisan tanah


<< | Madagascar | >>

22 / 27

Diterjemahkan oleh Aini Fatihah Roslam