MASALAH ALAM SEKITAR DI MADAGASCAR

Sementara Madagascar dikenali sebagai tempat tinggal kepada haiwan aneh dan hutan yang indah, banyak bahagian negara tersebut mengalami kerosakan yang teruk. Banyak hutan hujan sudah ditebang dan humus penting untuk tanaman tumbuh telah hilang kerana hakisan di pulau tersebut. Oleh sebab Madagascar adalah salah satu negara yang termiskin di dunia, maka kelangsungan hidup sehari-hari masyarakatnya bergantung kepada pemanfaatan sumber asli alam. Kebanyakan orang Malagasi tidak pernah mempunyai pilihan untuk menjadi doktor, pengatur-cara komputer, pekerja kilang, atau setiausaha, hal ini kerana mereka harus menjalani kehidupan bersumberkan tanah di sekeliling mereka, memanfaatkan segala sumber alam sebaik mungkin. Kemiskinan mereka adalah nilai yang harus ditanggung oleh negaranya dan dunia menerusi kehilangan biodiversiti endemik di pulai tersebut.

Masalah alam sekitar di Madagascar yang utama adalah termasuk:

1. Penyahutanan dan pemusnahan habitat
2. Pembakaran untuk pertanian
3. Hakisan degradasi tanah
4. Eksploitasi melampau sumber hidupan termasuk pemburuan dan pengumpulan terlampau terhadap spesis daripada hidupan liar
5. Pengenalan terhadap spesis asing


  1. Krčenje puma i uništavanje staništa
  2. Paljenje u svrhu poljoprivrede
  3. Erozija i uništavanje tla
  4. Prekomjerno iskorištavanje izvora za život, uključujući lov i prekomjerno sakupljanje živih bića iz divljine
  5. Uvođenje stranih vrsta


Gambaran dari udara menunjukkan hakisan tanah di Madagascar Barat


<< | Madagascar | >>

19 / 27

Diterjemahkan oleh Aini Fatihah Roslam