|
LEMUR MADAGASCAR
- Madagascar
指猴(Aye-aye)
Aye-aye ialah salah satu makhluk yang aneh di dunia ini. Ia adalah spesis lemur malam dan terpencil serta kelihatan seperti telah dikacuk dengan pelbagai jenis haiwan. Aye-aye menyerupai seekor kucing peliharaan yang besar tetapi mukanya seperti musang, telinga seperti kelawar yang berkeupayaan berpusing dengan sendirinya, gigi yang tumbuh secara berterusan seperti tikus. mata yang garang berwarna hijau, dan tangan berwarna hitam gabungan tulang di tengah jari seperti rating yang telah mati. Aye-aye menggunakan jari-jari tersebut untuk mencari larva serangga yang berada jauh di dalam kulit pokok, benih-benih, dan juga buah. semasa memanjat sepanjang dahan pokok, aye-aye akan mengetuk batang pokok tersebut bagi mendengar sama ada wujud rongga di dalamnya. Apabila mendengar sesuatu yang berpotensi menjadi bahan santapan di bawah permukaan, aye-aye akan terus mengorek kayu tersebut bagi mendapatkan habuannya. Pada hari ini, aye-aye sangat terancam akibat kehilangan habitat dan pemburuan. Di sesetengah kawasan, penduduk tempatan percaya bahawa aye-aye membawa nasib malang dan mereka akan membunuh haiwan tersebut sekiranya menemuinya walau di mana sahaja. Indri Indri adalah jenis lemur yang paling besar. Berwarna hitam dan putih, Indri sangat terkenal dengan bunyi menakutkan seperti paus bungkuk menyanyi. Indri memakan buah dan daun-daun yang tumbuh di hutan hujan timur Madagascar. Hari ini, Indri terancam kerana kehilangan habitatnya. Sifaka Verreaux Sifaka Verreaux tinggal di dalam hutan kering di bahagian barat dan selatan Madagascar yang mana mereka memakan daun-daun, buah, dan bunga-bungaan. Sifaka digelar dengan pelbagai gelaran, tetapi mereka lebih dikenali sebagai "lemur menari" kerana cara mereka bergerak ketika mereka merentasi tanah lapang. Sifaka bergerak secara merangkak -- mereka menyorong pada kaki belakang sambil memegang lengan dengan tinggi. Lemur Ring-tailed Lemur ring-tailed sangat dikenali dalam spesis lemur. Ring-tails tinggal di dalam hutan kering di bahagian selatan dan barat Madagascar yang mana mereka memakan buah, bunga-bungaan, daun-daun dan kulit kayu. Lemur tikus Lemur tikus adalah spesis primat yang kecil dan boleh didapati dengan banyak di Madagascar. Pada malam hari, mereka memakan serangga, haiwan bertulang belakang yang kecil, buah, dan bunga-bungaan. Lemur tikus terkenal dengan kelantangan kicauan dan aktiviti hingar-bingar mereka. Lemur tikus kerdil (Microcebus myoxinus) adalah berkemungkinan merupakan spesis primat yang terkecil di dunia. Lemur tikus sedang dikaji kerana ia berkemungkinan boleh dijadikan rawatan untuk penyakit Alzheimer. Sportif atau lemur musang Terdapat tujuh spesis dikenali sebagai Lepimur, tiada satu pun yang bersifat sportif atau kelihatan seperti musang. Pada siang hari, anda boleh melihat mereka tidur di dalam lubang pokok. Mereka aktif pada malam hari dan agak bising. << | Madagascar | >> halaman 8 / 25 Diterjemahkan oleh Aini Fatihah Roslam |
© Rhett A. Butler / wildmadagascar.org 2011 |