Madagascar   |   Geografi   |   Penduduk   |   Hidupan Liar   |   Flora   |   Masalah Alam Sekitar   |   English

IKLIM MADAGASCAR - Madagascar


[salah sebuah sungai di hutan hujan Madagascar]
Disebabkan oleh keadaan geografinya, iklim Madagascar sangat bervariasi. secara umumnya, Madagascar mempunyai dua musim: musim panas, hujan dari bulan November hingga April dan lebih sejuk, manakala musim kemarau adalah dari bulan Mei hingga Oktober.

Kawasan pantai timur adalah bahagian negara yang terbasah dan disebabkan hal demikian ia adalah nadi utama kepada hutan hujan pulau tersebut. Daerah ini juga mengalami ribut tropika dan siklon berkala yang dasyat.

Bahagian tengah dataran tinggi adalah lebih sejuk dan kering, dan merupakan lokasi pertanian terbanyak di Madagascar terutamanya beras.

Kawasan pantai barat adalah rumah bagi mengeringkan hutan gugur. Pohon Deciduous kehilangan seluruh daunnya ketika musim kemarau yang menjangkau 6 hingga 8 bulan.

Apabila hujan kembali, hutan-hutan tersebut akan mengeluarkan lautan daun yang menghijau. Bahagian barat daya Madagascar pula mempunyai iklim yang paling kering. Sebahagian dari kawasan Ini boleh dianggap sebagai gurun kerana hujan turun begitu sedikit.




<< | Madagascar | >>

halaman 3 / 25

Diterjemahkan oleh Aini Fatihah Roslam


WildMadagascar | Fotos

© Rhett A. Butler / wildmadagascar.org 2011