Madagascar   |   Geografi   |   Penduduk   |   Hidupan Liar   |   Flora   |   Masalah Alam Sekitar   |   English

GEOGRAFI MADAGASCAR - Madagascar


Madagascar menerusi satelit NASA
Lebih luas sedikit dari California, Madagascar adalah pulau keempat terbesar di dunia selepas Greenland, New Guinea, dan Borneo. Dengan kedudukannya di barat Lautan Hindi, Madagascar boleh dianggap sebagai lebih jauh dari pantai barat Amerika Syarikat. Penerbangan ke Antananarivo, iaitu ibu kota Madagascar, dari San Francisco merangkumi sekitar 11, 000 batu atau 17, 700 kilometer dan memerlukan masa minimum selama 23 jam.

Madagascar boleh dibahagikan kepada lima wilayah: pantai timur, Massif Tsaratanana di utara, dataran tinggi, pantai barat, dan barat daya. Bahagian tengah dataran tinggi menujukkan kepanjangan pulau dan meliputi ketinggian 2, 600 hingga 5, 800 kaki (800 hingga 1, 800 meter). Wilayah Tsaratanana Massif terletak di hujung utara pula mempunyai gunung yang tertinggi di pulau tersebut.

Madagascar sering digelar sebagai "Great Red Island" kerana mempunyai tanah merah yang secara umumnya tidak bagus untuk pertanian.

Madagascar juga mempunyai beberapa bentuk batu kapur yang menarik di barat dan utara. ia dikenali sebagai Tsingy, bentuk ini boleh dilihat ketika tahun yang mempunyai kadar hujan lebat, yang menyebabkan dasar batu kapur tersebut menghakis.




<< | Madagascar | >>

halaman 2 / 25

Diterjemahkan oleh Aini Fatihah Roslam


WildMadagascar | Fotos

© Rhett A. Butler / wildmadagascar.org 2011